Apa itu Dolphin?

Dolphin merupakan emulator GameCube dan Wii dengan keserasian tinggi merentasi kebanyakan tajuk permainan untuk kedua-dua platforms. Ia mula-mula dibangunkan sebagai sumber tertutup pada tahun 2003, dan sebagai sumber terbuka semenjak 2008.

Apakah Lesen Dolphin gunakan?

Bila Dolphin menjadi projek bersumber-terbuka pada 2008, ia dikeluarkan di bawah lesen GPLv2. Walaubagaimanapun, ia telah pun dilesen semula ke GPLv2+. Berdasarkan pada pelesenan tersebut, anda boleh guna Dolphin dan kod sumbernya atas apa jua tujuan, tetapi untuk mengedar Dolphin perlukan kod sumber disertakan sekali dan attribusi jua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dokumen pelesenan.

Siapakah Yang Membina Dolphin?

Lebih daripada 200 orang telah bertungkus lumus bertahun-tahun untuk membina Dolphin. Senarai penyumbang boleh ditemui di GitHub.

Dolphin tiada kena mengena dengan Nintendo.

Apakah sistem pengoperasian yang disokong?

Dolphin is a cross-platform emulator that runs on Windows (7 and newer), Linux, and Mac OS X (Yosemite and up). For their ease of use and additional graphics backend options, Windows is generally recommended for most users. Other Unix-like systems (such as FreeBSD) may work but are not officially supported. Operating systems are required to be 64-bit to run Dolphin.

As well, Dolphin runs on Android 5.0 and up on 64-bit Android devices. The Android version of Dolphin is in alpha and should not be expected to work as well as the PC counterpart.

CPU yang mana seharusnya saya gunakan?

Dolphin merupakan aplikasi dwi-teras yang bergantung pada IPC (Instructions Per Clock) untuk prestasinya. Teras tambahan tidak akan menjadikan Dolphin menjadi lebih pantas, walaupun teras “extra” yang Dolphin tidak guna mungkin dapat membantu mengurus tugas disebalik tabir dari menggunakan teras yang sama untuk Dolphin.

  • Intel: Pemproses Core i5 and i7 seperti i5-4670K dan i5-3570K adalah sangat pantas dan lebih mampu milik berdasarkan kuasanya. Siri K membolehkan proses overclocking, yang selanjutnya mempertingkatkan prestasi CPU tersebut. Variasi Core i7 tidak memberikan kesan dalam IPC menerusi i5, oleh itu untuk menjimatkan duit jika anda gunakannya. Bagi komputer riba, anda boleh sandarkan pada i7-4700MQ dan i7-4930MX untuk prestasi terbaik. Kebanyakan permainan akan berjalan dengan baik dalam mana-mana pemproses tersebut.

  • AMD: Oleh kerana IPCnya rendah, CPU AMD adalah pilihan kurang baik untuk Dolphin. Baris pemproses FX8000 adalah yang terbaik disediakan, walaupun kebanyakan pemproses tersebut akan menjadi separuh dari kelajuan prestasi 4670K dengan Dolphin.

Perhatian: Unntuk maklumat lanjut berkenaan prestasi CPU, sila semak tanda aras ini yang memberikan banyak keputusan daripada pengguna. Tetapi ingat Dolphin adalah emulator konsol: ia melakukan apa yang disuruh oleh permainan. Setiap permainan mempunyai keperluannya sendiri. Sesetengah permainan berjalan dengan baik dalam kebanyakan pemproses modern, manakala sesetengah tidak dapat dijalankan sepenuhnya walaupun menggunakan pemproses yang paling kuat.

GPU yang manakah saya perlukan?

Compared to processors, choosing a GPU for Dolphin is a fairly simple task. The more powerful the graphics card, the more pixels and enhancements you can throw at it before you’ll see slowdown. However, the biggest thing to watch for is making sure the GPU supports DirectX11.1 and OpenGL 4.4. Dolphin emulates a console that functions very differently from a traditional PC, and uses the latest D3D and OGL features to reduce overhead. If you do not have those extensions, performance will suffer.

  • NVIDIA: Due to the importance of the OpenGL Extension “Buffer Storage” no NVIDIA GPU before the Geforce 4xx series can be recommended. Despite being a bit old, the Geforce GTX 460 will handle almost any game you throw at it in HD resolutions. Older NVIDIA GPUs will still be able to run the games fine, especially within the D3D backend and in OpenGL with older builds still using the “Vertex Streaming Hack.”

  • AMD: Unlike the processor battle, AMD’s graphics cards actually manage very well at Dolphin. As of 4.0-1192, AMD video cards see boosts around the board because of the addition of integer math. As such, the AMD HD5770 and should run most games at HD Resolutions.

  • Intel Onboard: Intel HD3000 and HD4000 can run Dolphin at reasonable speeds, and can even run many games with enhancements; but they will struggle with demanding titles. A full fledged graphics card is highly recommended. IGPs older than the HD3000 are not officially supported.

Berapa banyak RAMkah yang Saya perlu untuk jalankan Dolphin?

2GB atau lebih disarankan. Kelajuan RAM atau amaun RAM biasanya tidak memberi kesan pada kelajuan emulasi.

Versi Dolphin yang manakah Saya harus muat turun?

Versi stabil terkini Dolphin merupakan pilihan terbaik: ia berfungsi baik dengan kebanyakan permainan dan telah diuji. Versi pembangunan mempunyai pembaikan dan pengoptimuman terkini, tetapi sebaliknya dengan sedikit pengujian berkemungkinan masih ada pepijat yang belum lagi dikenalpasti.

Bot binaan kami menyediakan setiap revisi Dolphin dalam 4 varian pada laman utama:

  • Windows x64 untuk sistem pengoperasian Windows 64 bit
  • Mac OS X untuk komputer Mac OS X 64 bit
  • Linux untuk sistem pengoperasian Linux 64 bit
  • Android APKs for 64-bit Android

Dolphin tidak lagi menyokong sistem pengoperasian 32-bit. Untuk memeriksa sama ada versi Windows anda serasi dengan aplikasi 64-bit, buka Menu Start, klik kanan pada Computer dan pilih pilihan Properties. Satu tetingkap akan muncul, menunjukkan "64-bit operating system" sebagai System type jika versi Windows anda dapat menjalankan Dolphin x64. Jika anda menjalankan sistem pengoperasian 32-bit, anda patut tatarkannya supaya dapat guna keupayaan perkakasan anda.

Juga pada Android, Dolphin kini memerlukan 64-bit (ARMv8 AArch64). Untuk mengetahui sama ada telefon Android anda mempunyai keperluan yang dikehendaki, hanya jalankan APK, dan Dolphin akan memaklumkannya.

Perhatian kadangkala bot binaan tidak selalunya berkenaan binaan, dan pelbagai revisi mungkin tidak mempunyai binaan yang betul untuk semua OS. Jika ia berlaku, ia akan dibaiki dalam tempoh yang singkat.

"Program ini tidak dapat dimulakan kerana MSVCP140.dll telah hilang"

Dolphin kini menggunakan Visual Studio C++ 2015 pengompilan Windows, pengguna Windows mesti mempunyai 64-bit Visual C++ redistributable untuk Visual Studio 2015 dipasang supaya dapat guna binaan pembangunan. Masa jalan mempunyai keperluan sistem minimum bagi Windows Vista SP2 dan Windows 7 SP1.

Perlu diingat, ekstrak fail Dolphin ke dalam folder dalam komputer anda selain dari menjalankan Dolphin secara terus dari arkib.

"Aplikasi ini gagal dimulakan kerana XIMPUT1_3.dll tidak ditemui"

You need to install the latest DirectX runtime from Microsoft or make sure you have the latest Xbox 360 Controller Drivers installed.

"Aplikasi tidak boleh dimulakan denga baik (0xc000007b)"

Jenis ralat ini biasanya berlaku bila cuba menjalankan binaan Dolphin 64 bit, manakala binaan 32 bit dapat berjalan dengan baik. Bila seseorang melihat salah satu dari mesej ralat mengenai vcomp100.dll atau xinput1_3.dll hilang. Mereka biasanya akan memuat turun binaan 32 bit bagi fail tersebut menerusi internet dan jangkakan ia dapat berfungsi dengan baik pada aplikasi 64 bit.

Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda memadam mana-mana fail DLL yang dimuat turun secara manual yang anda masukkan dalam laluan sistem anda dan juga di dalam laluan binari Dolphin berada. Pasang semula ia dengan pemasang masa jalan yang betul. Sila rujuk dua persoalan diatas untuk maklumat lanjut.

Komputer riba / GPU baharu saya tidak berfungsi sepertimana yang diharapkan

Komputer riba dan GPU modern menggunakan pelbagai muslihat untuk mengurangkan penggunaan kuasa dan suhu keseluruhan mereka. Underclock, kurangkan voltan, guna grafik tersepadu selain dari grafik khusus, dll. kadangkala muslihat ini mengganggu prestasi Dolphin, dan sistem perlukan sedikit bantuan untuk gunakan keupayaannya secara maksimum terhadap emulator. Guna pautan dibawah untuk dapatkan bantuan.

Saya telah konfigur pengikatan untuk pad GC kedua tetapi ia tidak berfungsi

Pastikan port 2 GameCube teremulasi dikonfigur sebagai Pengawal Piawai dalam tab GameCube dalam tetingkap konfigurasi utama. Jika pad masih tidak berfungsi, pastikan permainan anda boleh guna pengawal GameCube kedua.

Bagaimana Saya guna pengawal tanpa wayar PS3 atau PS4 saya dengan Dolphin?

Pasang Pakej pemacu Kit Alat SCP supaya Windows dapat mengenal pasti pengawal anda sebagai peranti bluetooth, atau sambungkan pengawal PS3 ke sistem anda. Kemudian boleh digunakan pada konfigurasi GCPad Dolphin dan Wiimote Teremulasi.

Audio saya kelihatan kegagapan!

Emulasi Audio HLE selalunya bermasalah bagi keluaran Dolphin sebelum ini. Glic, tampalan, audio hilang, masalah volum, masalah imbangan dan banyak lagi mencacatkan emulator. Oleh itu dalam usaha membaiki 99% dari masalah tersebut, emulasi audio telah dibina semula supaya ia disegerak dengan kelajuan emulasi. Tindakan ini lebih kearah konsol itu sendiri, dan menghalang pembentukan beribu-ribu masalah audio dan kerosakan berlaku.

Apa yang anda boleh buat? Jika anda menjalankan Dolphin dibawah kelajuan penuh, penetapan pembatas bingkai akan menjadikan regangan masa pada kadar bingkai tersebut. Bahagian audio OpenAl juga mempunyai keupayaan meregang masa tidak kira berapakah pembatas bingkai ditetapkan.

Lain dari masalah atas tiada penyelesaian kecuali menjalankan permainan dengan kelajuan penuh. Jika anda mahu gunakan versi sebelum ini, guna Dolphin versi 3.5 dan kebawah.

Permainan "X" tidak dapat dijalankan dengan baik

Walaupun hasil kerja sepuluh tahun, Dolphin bukanlah emulator yang sempurna. Ia bermaksud anda mungkin hadapi pelbagai masalah seperti masalah kecil bunyi atau grafik hinggalah ralat kaku dan kerosakan besar. Untuk memastikan pengguna mendapat maklumat sebaik yang mungkin, laman sesawang Dolphin mengehos wiki dengan beribu-ribu halaman khusus pada permainan dan pelbagai fitur emulator. Laman khusus permainan biasanya menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh sesebuah permainan, penyelesaiannya dan apakah tetapan khas yang perlu untuk memastikan permainan tersebut dapat dimainkan dengan lancar.

Jika anda temui pepijat di dalam permainan yang tidak tersenarai dalam Wiki, sila periksa dahulu penjejak masalah dan lihat sama ada ia sudah dilaporkan atau sebaliknya. Jika belum lagi dilaporkan, sila laporkan pepijat yang ditemui kepada pembangun supaya mereka mengetahui masalah ini. Pastikan anda mengikuti peraturan sebelum melaporkan sesebuah masalah dan ianya belum lagi dibaiki pada versi pembangunan yang terkini.

Dolphin menjadi laju ketika saya membuka menu grafik?

Dolphin dikonfigur untuk dijalankan sepantas yang boleh secara lalai. Walaubagaimanapun, sesetengah permainan akan menimbulkan masalah, dan ia perlukan tetapan yang lebih terperinci untuk dijalankan dengan baik. Untuk memudahkan pengguna, kebanyakan permainan sudah mempunyai tetapan yang diprakonfigur di dalam "GameINI", iaitu satu fail dengan tetapan suai untuk setiap permainan.

Dengan membuka menu grafik, anda boleh membatalkan tetapan lalai GameINI dan guna tetapan yang tersedia di dalam menu grafik, yang akan menjadi lalai sejagat atau apa jua yang anda tetapkan paling akhir. Jika anda memainkan permainan yang memerlukan tetapan yang terperinci, membuka menu grafik akan lumpuhkan tetapan tersebut dan hasilnya lebih pantas. Sebaliknya, anda akan hadapi beberapa masalah glic dan tetapan GameINI yang dilindungi.

Sila rujuk Wiki Dolphin untuk perincian berkenaan permainan yang ditetapkan untuk dapat berjalan dengan baik dan sebabnya.

Bagaimana Saya boleh bina Dolphin dalam komputer saya?

Arahan binaan tersedia dalam GitHub:

Apakah cara terbaik untuk mengikut kemajuan pembangunan?

Binaan dikompil setiap versi pembangunan Dolphin dan tersedia di laman muat turun.

Semua penyerahan Git juga tersedia di GitHub dimana anda boleh buat ulasan pada perubahan dan view new pull requests untuk lihat fitur akan datang.

Saya mempunyai idea untuk menjadikan Dolphin lebih baik, bagaimana Saya dapat memberitahu pembangun mengenainya?

Kebanyakan pembangun Dolphin akan membaca "Development discussion" forum. Pengeposan bebenang di sana merupakan ide yang baik untuk mendapatkan maklum balas dari pembangun mahupun dari pengguna.

Pembangun Dolphin juga berkomunikasi melalui IRC, iaitu perbincangan segera yang lebih baik dari forum. Oleh itu sertai kami di #dolphin-emu @ irc.freenode.net.

Walaupun ide anda sangat bernas, note ketahuilah pembangun membangunkan Dolphin mengikut masa lapang mereka dan tidak semestinya akan melaksanakan segalanya yang disaran oleh pengguna. Jika anda mampu, melaksanakan draf pertama anda dapat menarik perhatian pembangun mereliasasikan ide anda.

Dapatkah DOlphin menggunakan lebih teras CPU saya supaya menjadi lebih pantas?

CPU tidak berfungsi dengan cara tersebut.

Setiap teras dalam CPU berjalan secara selari. Dua tugas dapat berjalan dengan baik secara selari jika ia tidak perlu berkomunikasi dengan kerap pada kelajuan yang sama. Contohnya, memampatkan fail boleh dijalankan secara selari dalam teras berasingan kerana memampatkan satu fail dan memampatkan fail yang lain adalah dua tugas yang tidak bersandar, iaitu tidak perlu berkomunikasi untuk membuat kedua-duanya.

Di dalam Dolphin, hanya tugas yang berat dapat berjalan dengan baik secara selari adalah CPU, GPU dan DSP. Memecahkan mana-mana tugas ini kepada tugas yang lebih kecil hanya untuk menjalankannya pada lebih dari tiga teras menjadikan program semakin perlahan. Oelh sebab itulah Dolphin hanya gunakan 3 teras dan tidak guna baki 4 atau 6 teras CPU anda.

Kenapa Saya perlukan komputer spesifikasi terbaik untuk emulasikan konsol lama?

Memang benar perkakasan GameCube dan Wii lebih perlahan dari apa yang anda perlu emulasikan konsol menggunakan Dolphin, perkakasan yang ada di dalam konsol ini juga sangat berbeza dengan apa yang anda perolehi dalam permainan PC. Contohnya:

  • Selain dari CPU x86 Intel atau AMD, GameCube dan Wii gunakan CPU IBM PowerPC. Permainan diprogram untuk CPU ini: bila melakukan emulasi, setiap arahan asas permainan yang dijalankan perlu diterjemah pada sesuatu yang mana PC boleh lakukan. Bergantung pada jenis arahan, ia boleh jadi dalam bentuk kitaran jam 2x hingga 100x , yang menjelaskan kenapa anda perlu lebih dari CPU 486MHz CPU untuk emulasikan GameCube.

  • RAM di dalam konsol ini adalah SRAM, ia lebih kecil tetapi lebih pantas berbanding SDRAM yang digunaan dalam PC. Ia juga dikongsi antara CPU dan GPU, yang menjadikan operasi seperti muat naik tekstur (ingatan CPU ke ingatan GPU) atau menyalin penimbal bingkai (ingatan GPU ke ingatan CPU) menjadi kurang beban berbanding apa yang berlaku di dalam PC.

  • GPU tidak gunakan pelorek: setiap kesan grafik dan setiap pengiraan yang dibuat oleh permainan dilakukan secara terus oleh perkakasan tanpa bahasa pengaturcaraan perantara. Ia tidak boleh dipadankan bagaimana GPU PC berfungsi. Dolphin menggunakan pelorek pada GPU PC untuk terjemahkan apa yang GPU GC boleh buat secara langsung dengan perkakasan, ia menyebabkannya berjalan dengan lebih perlahan.

  • PC menjalankan sistem pengoperasian supaya boleh jalankan beberapa program pada masa yang sama. Manakala, GameCube atau Wii tidak memerlukan keperluan yang serupa dan ia lakukannya secara langsung pada perkakasan tersebut tanpa melalui sistem pengoperasian, maka banyak komunikasi berlaku diantara cip dan menjadi lebih pantas.

Senarai tidaklah banyak tetapi ia memberikan anda ide yang baik kenapa emulasi memerlukan komputer yang berprestasi tinggi.

Dimana Saya boleh muat turun ISO/ROM permainan?

Jawapan pendek: Tidak boleh. Beli permainan tersebut dan longgok ia dengan Wii.

Jawapan panjang: Memuat turun permainan komersial adalah salah dan tidak disukai oleh pembangun Dolphin. Untuk menghindari masalah perundangan, termasuklah memuat turun permainan yang anda telah beli sebelum ini. Anda tidak perlu memiliki konsol permainan tersebut hanya beli cakera permainan dan longgok ia dengan gunakan konsol rakan. Selain itu, menyalin longgok permainan rakan juga dianggap sebagai satu kesalahan.

Untuk melonggok permainan dengan Wii, anda perlu memasang saluran buatan sendiri dan jalankan aplikasi seperti CleanRip.

Apakah format longgok yang disokong oleh Dolphin?

Dolphin menyokong permainan yang dilonggok dalam format berikut:

  • GCM/ISO (longgok tak mampat, seharusnya dalam 1.4GB untuk permainan GameCube dan 4.7GB untuk permainan Wii
  • GCZ (Dolphin boleh digunakan untuk memampat permainan anda ke format ini)
  • CISO
  • WBFS (tidak disokong dalam Dolphin 3.0 atau lebih awal)

Perhatian WBFS dan CISO adalah format pemampatan hilang: ia membuang beberapa maklumat tidak diguna yang disimpan pada cakera untuk mengecilkan saiz fail. Oleh itu, kami sarankan anda cuba melonggok permainan anda sebagai GCM/ISO jika anda hadapi masalah bila guna longgok WBFS.